Wednesday, August 31, 2011

Berziarah & berkumpul di musim raya sepatutnya menambah pahala & BUKAN mencipta pelbagai dosa melalui mata & lisanmu. Bukan pula medan menunjuk kemampuan diri, apatah lagi untuk membanding dirimu dengan orang lain, sama ada pada besarnya kenderaan, hebatnya pakaian, meriahnya hiasan, jumlah duit raya & harta. Redhalah dengan apa yang sedang kamu miliki, jangan sesekali merasa diri ‘lebih' atau ‘kurang'. Bebaskan diri dari rantaian kebanggaan & kehinaan kerana pemilikan duniamu.
Zaharuddin.net
 
 

Wednesday, August 24, 2011

Selamat Tinggal Ramadan, dan Selamat Datang Syawal...

Assalamualaikum. 
Pihak Admin blog SKLGM ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan ingin memohon ampun maaf zahir batin kepada semua pembaca blog ini. 

Semoga amal ibadat kita di bulan Ramadan ini diterima-Nya.

Sama-samalah kita tetap meneruskan usaha amal ibadat kita ini di bulan selepas Ramadan ini. 

Selamat bercuti dan selamat kembali ke kampung bertemu keluarga tercinta. 

Berhati-hati di jalan raya dan semoga kita selamat tiba dan selamat kembali semula bertugas.


Selamat Hari Raya daripada Admin, Jangan Main Mercun!


Friday, August 12, 2011

Syarat-Syarat Keperibadian Seorang Guru Menurut Pandangan Imam Al-Ghazali

1.       Sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik
2.       Sentiasa bersifat kasih sayang dan tidak pilih kasih
3.       Jika dia duduk hendaklah dengan bersopan dan tunduk dan tidak riak
4.       Tidak takbur kecuali kepada orang zalim iaitu dengan tujuan mencegah tindakan zalim itu
5.       Bersifat tawaduk dalam perbincangan
6.       Sikap dan perbicaraan bersungguh-sungguh
7.       Menanam sifat bersahabat dalam dirinya terhadap semua pelajarnya
8.       Membimbing  dan mendidik pelajar yang kurang pandai dengan cara yang sebaik-baiknya
9.       Berani berkata saya tidak tahu terhadap masalah yang dia tidak faham
10.   Menampilkan hujah yang benar apabila berada di pihak yang salah dan bersedia kembali kepada kebenaran





"Setiap orang yang melukai orang lain
akan bertemu dengan hari penuh luka"

"Pekerjaan adalah cinta yang dibuat dalam bentuk nyata..."

Tuesday, August 2, 2011

Niat dan keikhlasan...

Niat adalah keazaman seseorangan untuk melakukan sesuatu tindakan. Dalamnya merangkumi segala yang tersirat di sebalik sesuatu perbuatan. Tepat bak kata tokoh ilmuwan terkenal al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):

    “Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali. Justeru itu, tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat sebarang lafaz bagi niat. Tidak pernah kita dengar hal ini dari mereka. Segala lafaz yang diada-adakan sebelum bersuci dan solat telah syaitan jadikannya medan memerangi golongan yang was-was. Syaitan memenjara dan mengazab mereka dengannya. Dia menjadikan mereka berusaha membetulkan lafaz-lafaz itu, sehingga anda lihat ada yang mengulang-ulang dan berhempas pulas dalam mengucapkannya. Padahal ia langsung tiada kaitan dengan solat. Sebaliknya niat itu ialah tujuan sesuatu perbuatan. Setiap yang berazam melakukan sesuatu, dia telah berniat. Tidak tergambar terpisahnya perbuatan dengan niat kerana perbuatan itu adalah hakikat niat. Tidak mungkin tiada niat sedangkan wujudnya perbuatan. Sesiapa yang duduk untuk berwuduk maka dia telah berniat hendak berwuduk. Sesiapa yang berdiri untuk bersolat maka dia telah berniat untuk bersolat. Tiada seorang yang berakal melakukan sesuatu ibadah atau selainnya tanpa niat. Niat merupakan perkara semestinya wujud bagi tindakan insan yang disengajakan. Tidak perlu bersusah payah dan berusaha mendapatkannya. Sekiranya seseorang ingin menghilangkan niat dari perbuatan pilihannya, nescaya dia tidak mampu. Jika Allah mewajibkan solat atau wuduk tanpa niat, maka Dia mewajibkan apa yang insan tidak mampu. Ia tidak termasuk di bawah keupayaan insan. Kalau begitu, mengapa bersusah payah untuk mendapatkan niat?. Sesungguhnya syak dalam memperolehi niat adalah sejenis penyakit gila. Sebab, pengetahuan seseorang tentang keadaan dirinya adalah sesuatu yang yakin. Bagaimana mungkin seorang yang berakal syak tentang niat dirinya. Seseorang yang berdiri belakang imam untuk menunaikan solat zohor; bagaimana mungkin dia syak mengenai tujuannya?! Jika seseorang memanggilnya untuk sesuatu urusan ketika itu, nescaya dia berkata: aku ada urusan, aku ingin solat zohor. Jika seseorang bertanya kepadanya ketika dia keluar menuju ke tempat solat: awak hendak ke mana? Nescaya dia berkata: aku hendak solat zohor bersama imam. Jadi, bagaimana mungkin seorang yang berakal ragu-ragu mengenai hal ini dalam dirinya sedangkan dia mengetahuinya secara yakin” (Ibn Qayyim, Ighathah al-Lahfan min Masaid al-Syaitan, halaman 144).

Dr Yusuf al-Qaradawi pula menyebut:

    Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak diketahui daripada Nabi s.a.w., tidak juga dari para sahabah dan para tabi’in yang mengikut mereka dengan baik -yang merupakan salaf umat ini- sebarang lafaz bagi niat ibadat, seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil, atau besar, atau solat zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau aku berniat puasa esok hari pada bulan ramadan dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat al-Quran atau Sunnah. Tidak ada faedah baginya, di mana seorang insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan al-Ghazali: “Urusan niat dalam ibadah itu mudah, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat atau (disebabkan) was-was” (http//:qaradawi.net).

Cara-cara memotivasi diri sendiri:


Ø  Buangkan perasaan tidak gembira, tidak berkemampuan atau ragu-ragu
Ø  Timba pengalaman baru dan uruskan konflik dengan bijak
Ø  Belajar untuk diri sendiri. Timbulkan perasaan minat dalam setiap subjek yang dipelajari
Ø  Hubungkaitkan antara apa yang anda pelajari dengan cita-cita anda
Ø  Kaitkan dengan kehidupan seharian dan masyarakat
Ø  Sentiasa bertanya soalan berkenaan aktiviti anda dan pelajaran anda
Ø  Melakukan pengorbanan apabila perlu supaya STUDY COMES FIRST!

A good learner:



ü Mampu memberi tumpuan pada idea dan menganalisa idea menggunakan akal
ü Berminat pada manusia dan kemanusiaan
ü Pemerhati pada alam semulajadi
ü Sangat seronok untuk berfikir
ü Belajar atau membaca secara aktif
ü Sentiasa mencari idea-idea baru
ü Bertanya soalan yang bijak

10 tips untuk menjadi anak murid A+:



1.      Jadilah rajin
2.      Ada ketahanan diri yang kuat
3.      Bermotivasi
4.      Tahu dan mengamalkan pengurusan masa yang betul
5.      Mempunyai sikap positif
6.      Mempunyai keyakinan diri
7.      Mempunyai hala tuju dan matlamat atau aspirasi
8.      Sentiasa menilai diri sendiri dalam pembelajaran secara konsisten/berterusan
9.      Membangunakn sikap ingin tahu dalam subjek berbeza/ topic yang dipelajari
10.  Membangunkan minda dan badan yang sihat

Kemahiran belajar:



  1. Kemahiran BM dan BI
  2. Tahap fokuskan pemikiran
  3. Kemahiran membaca
  4. Menyimpan dan menyusun maklumat di dalam otak
  5. Kemahiran computer
  6. Kemahiran menulis esei
  7. Cara mengambil nota daripada guru
  8. Kemahiran mencari maklumat/ menyelidik
  9. Kebolehan menepati tarikh akhir
  10. Ulangkaji sebelum peperiksaan
  11. Kemahiran berbincang dalam kumpulan
  12. Berbincang dengan guru dan rakan2
  13. Kemahiran dalam praktikal