Monday, April 11, 2011

Pertandingan Membuat Sandwich SKLGM

Pada hari Selasa, 5 April 2011, SKLGM telah mengadakan satu pertandingan membuat sandwich sebagai pengisian aktiviti ko-kurikulum. Acara ini telah diadakan pada pukul 2 petang di Kantin SKLGM.



Sebelum hari pertandingan, murid-murid telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 ahli. Masing-masing telah diberikan peluang untuk menyusun strategi sebelum hari pertandingan seperti berbincang item yang hendak dibawa pada hari pertandingan, resepi sandwich, dan juga bahan-bahan untuk menghias.

Semua murid kelihatan bersemangant untuk membuat sandwich. Setelah pukul 2 petang, mereka berkumpul tepat pada masanya. Cikgu Mohd Zaki b Said menjadi pengacara majlis. Guru-guru mengagihkan roti dan ikan sardin kepada setiap kumpulan.




Selepas itu, pertandingan dimulakan. Murid-murid begitu bersemangat sekali demi untuk memenangi pertandingan ini. Guru-guru yang ada turut memberikan semangat dan bimbingan kepada murid-murid. Murid-murid menggunakan sepenuhnya daya kreativiti dan imaginasi untuk menghias sandwich yang telah dihasilkan.





Pertandingan berakhir pada pukul 3.10 petang. Hakim-hakim yang mengadili pertandingan ini ialah:
1. Cikgu Wan Noor Azli b Wan Ali
2. Cikgu Rabiah bt Abdul Rashid
3. Cikgu Rohana bt Sulaiman

Pemenang pertandingan sandwich akan diumumkan selepas hakim berbincang.

Murid-murid kelihatan sangat seronok terlibat dalam pertandingan membuat sandwich ini.

Monday, April 4, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Ke-20

Pada 25 Mac 2011, Sekolah Kebangsaan Ladang Gajah Mati telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Ke-20. Ia telah berlangsung di Dewan Q, SKLGM.



Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis. Selepas itu, bacaan doa telah diperdengarkan. Seterusnya, Yang Dipertua PIBG telah menyampaikan ucapan beliau, diikuti oleh Penasihat PIBG(Guru Besar SKLGM), dan akhir sekali ucapan oleh Tuan Haji Abdul Samat bin Abdul Rahman, Penyelia Penididikan Khas dan Swasta (Pra Sekolah) merangkap Wakil PPD Dungun.








Apabila ucapan-ucapan telah selesai, barulah Mesyuarat Agung PIBG ke-20 pun berlangsung. Agenda-agenda mesyuarat adalah seperti di bawah:
Agenda 1 : Ucapan Pengerusi Mesyuarat
Agenda 2 : Membentang dan mengesahkan peringatan Mesyuarat Agung Kali Ke-19
Agenda 3 : Membentang dan menerima Penyata Kewangan
Agenda 4 : Membentang dan menerima Laporan Kemajuan Tahunan PIBG
Agenda 5 : Membubar Jawatankuasa PIBG sesi 2010/2011
Agenda 6 : Memilih Jawatankuasa PIBG dan 2 orang Pemeriksa Kira-kira bagi sesi 2011/2012
Agenda 7 : Membahaskan usul-usul - selaraskan makanan untuk kelas KAFA
- Selaraskan waktu balik KAFA
Agenda 8 : Ucapan Penangguhan

Mesyuarat telah berakhir pada 11.30 pagi. Sesudah mesyuarat, sedikit jamuan makan tengahari telah diadakan. Selepas itu, majlis bersurai.

[gallery]