Monday, April 11, 2011

Pertandingan Membuat Sandwich SKLGM

Pada hari Selasa, 5 April 2011, SKLGM telah mengadakan satu pertandingan membuat sandwich sebagai pengisian aktiviti ko-kurikulum. Acara ini telah diadakan pada pukul 2 petang di Kantin SKLGM.



Sebelum hari pertandingan, murid-murid telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 ahli. Masing-masing telah diberikan peluang untuk menyusun strategi sebelum hari pertandingan seperti berbincang item yang hendak dibawa pada hari pertandingan, resepi sandwich, dan juga bahan-bahan untuk menghias.

Semua murid kelihatan bersemangant untuk membuat sandwich. Setelah pukul 2 petang, mereka berkumpul tepat pada masanya. Cikgu Mohd Zaki b Said menjadi pengacara majlis. Guru-guru mengagihkan roti dan ikan sardin kepada setiap kumpulan.




Selepas itu, pertandingan dimulakan. Murid-murid begitu bersemangat sekali demi untuk memenangi pertandingan ini. Guru-guru yang ada turut memberikan semangat dan bimbingan kepada murid-murid. Murid-murid menggunakan sepenuhnya daya kreativiti dan imaginasi untuk menghias sandwich yang telah dihasilkan.





Pertandingan berakhir pada pukul 3.10 petang. Hakim-hakim yang mengadili pertandingan ini ialah:
1. Cikgu Wan Noor Azli b Wan Ali
2. Cikgu Rabiah bt Abdul Rashid
3. Cikgu Rohana bt Sulaiman

Pemenang pertandingan sandwich akan diumumkan selepas hakim berbincang.

Murid-murid kelihatan sangat seronok terlibat dalam pertandingan membuat sandwich ini.

No comments:

Post a Comment