Bersempena dengan peristiwa Israk Mikraj, SKLGM telah mengadakan sesi ceramah yang telah dikelolakan oleh Ustazah Rohana bt Sulaiman (ketua Panitia Agama Islam) dan Ustazah Wan Nor Hanan bt Sulaiman (ustazah J-Qaf) pada 12 Julai 2011, Sabtu.
Murid-murid dan kakitangan sekolah berpeluang menambahkan ilmu agama lagi berkenaan peristiwa bersejarah itu.
Adalah diharapkan pengisian-pengisian rohani ini lebih banyak diadakan untuk masa hadapan kerana kita ingin membentuk jati diri seorang Muslim bagi anak-murid khasnya dan seluruh warga SKLGM umumnya.
Tahniah kepada Ustazah Rohana sebagai ketua Panitia Agama Islam!
No comments:
Post a Comment