Program dimulakan seawal pukul 7.30 a.m. dengan ucapan daripada Tuan Haji Mohd Zaid b Abdullah, guru besar SKLGM. Selepas itu, murid-murid melakukan senaman aerobik dengan pimpinan Cikgu Suzainal b Muhammad.
Setelah melakukan proses pemanasan badan, murid-murid dan kakitangan sekolah pun memulakan larian santai itu.
Selepas sejam kemudian, mereka tiba semula ke kawasan sekolah.
Program 1 Murid 1 Sukan pun dijalankan, yang mana 2 sukan dijalankan serentak, untuk murid perempuan, mereka bermain bola jaring, manakala untuk murid lelaki pula, mereka bermain bolasepak.
Murid kelihatan sangat seronok dapat bermain bola setelah penat bekerja keras di hari persekolahan biasa. Selain murid-murid, terdapat juga guru-guru lelaki yang mengambil kesempatan mengasah bakat bermain bolasepak dengan anak-anak murid tercinta. Nampaknya, guru lelaki ini tidak kurang hebat mereka di padang seperti bintang bolasepak zaman dulu-dulu, Maradona dan Pele....
Aktiviti yang dijalankan pada hari itu sebenarnya bermanfaat untuk anak murid. Apa salahnya guru-guru mengorbankan sedikit masa peribadi untuk bersama dengan anak-anak murid, kan?
No comments:
Post a Comment